Pages

Thursday, July 25, 2013

Cara Mengira Haribulan/Tarikh Anda Dijangka Bersalin

Posted by Ms. Saranghae at 7/25/2013 09:51:00 AM

Tahukah anda bagaimana nak kira tarikh jangkaan bersalin? kalau pigi klinik , mesti ada satu benda bulat mcm kalendar doktor/nurse tu pusing2kan, then bagitau korang dah berapa minggu kandungan perut korang kan .... 

but how exactly they count the weeks? when i was 1st time pregnant, mcm pelik pula rasa when the doctor said they pregnancy weeks count up to 40 wks kan .. tu kalau convert pigi bulan equal to 10months ... ermmmm, setahu aku, mengandung tu up to 9 months 9 days la gitew ... ye ker up to 40 wks or 10 months??

that day I bought a parenting mag, so in this mag the writer told about how to count your pregnancy delivery due date ... and what is this all about up to 40wks kan ... 

tarikh sebenar dijangka bersalin sebenarnya tidak boleh dijangka dgn tepat. Doktor menggunakan kaedah perkiraan 40 minggu sebagai kaedah untuk meramalkan tarikh dijangka bersalin, namun kaedah ini hanya akan lebih tepat bagi wanita yang mempunyai kitar haid yang tetap. 

Perkiraan 40 minggu ini berdasarkan dari tarikh haid terakhir anda, persenyawaan diandaikan berlaku dua minggu selepas hari pertama haid. Kaedah begini mengandaikan anda cuma mengandung selama 38 minggu, 2 minggu ada tempoh persenyawaan yang tidak dikira sebagai tempoh mengandung. Kaedah sebegini disebut sebagai kaedah Naegele, di mana menurut kaedah ini, anda akan mengandung selama 9 bulan 7 hari .... 

sebab tu, kalau wanita yang rasa2 dia dah pregnant, apabila bertemu doktor dan selesai membuat ujian air kencing, dan disahkan mengandung, doktor akan bertanya bilakah hari haid terakhir anda ...

katakan anda datang haid pada 24/6 dan berakhir pada 30/6, doktor akan mengambil tarikh 24/6 sebagai titik rujukan permulaan untuk mengira tempoh kandungan anda...dan selepas itu, menggunakan kaedah Naegele, doktor akan memberitahu tarikh dijangka anda bersalin, whoa!

anda juga boleh mengira sendiri tarikh dijangka bersalin anda...


Langkah 1 : kenal pasti hari pertama haid terakhir dan tambah tujuh hari
Langkah 2 : tolak tiga bulan
Langkah 3 : Tambah setahun

contoh:

Langkah 1 : haid hari pertama terakhir 1 /7/13  tambah tujuh hari = 8/7/13
Langkah 2 : 8/7/13 tolak tiga bulan = 8 / 3/2013
Langkah 3 : 8/3/13 tambah setahun = 8/3/14

so, tarikh dijangka anda bersalin ialah 8/3/2014

after read the article in mag, barulah aku faham how the doctor counts on the delivery due date, ngee! 


0 comments on "Cara Mengira Haribulan/Tarikh Anda Dijangka Bersalin"

Post a Comment

AddThis

 

We Belong Together Copyright © 2011 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by web hosting